Thursday, October 28, 2010

Ayat keramat sepanjang zaman

kau tetap berstatus Presidn Amerika

dulu aku pernah mengeluarkan status di wall peribadi fb berkenaan bangsa , dan setiap kali class atau seminar sekiranya teringat aku tetap mengulanginya untuk peringatan kepada umum. ayat aku

" sorry guys kalau ianya agak sensitif, aku bukan jenis orang yang tolong bangsa, tapi aku akan tolong orang yang nak tolong dia diri dia sendiri , u all come to my class sebab u all nak belajar , so u all keluarkan duit untuk belajar and aku try my best untuk kasi u all ilmu, insyallah"

sebenarnya aku sejak dulu lagi dah sangat2 muak mendengar ayat " tolong anak bangsa, tolong melayu , tolong kaum sendiri ", pada aku ia ibarat kata2 wakil rakyat untuk menang pilihanraya... " kalau kamu undi saya, saya akan bina jambatan di kampung anda" , bila dah menang lesap ntah kemana, so aku kalau bukak class im not using that words , bukan aku tak nak membantu bangsa aku maju tapi kenapa aku harus menolong bangsa aku sendiri sedangkan mereka belum tentu membantu aku?

tapi bangsa aku yang menolong aku adalah mereka yang menyertai class aku dan cara aku membantu mereka adalah dengan memberi ilmu yang terbaik dan yang aku termampu. sebab ayat tolong bangsa la, bangsa aku mintak harga diskaun, hello.. u sama bangsa dengan aku kenapa aku kena kasi harga diskaun? macammana bisnes aku nak maju kalau semua bangsa aku mintak diskaun.. kaymon la dude..kalau korang perasan, bila orang nak jual MLM je datang kat kita mesti ayat dia

" saya buat bisnes ni dan kasi tau kat abang sebab saya nak tolong abg, kita sama sama melayu, sama sama maju"

hello... kau nak majukan aku tapi kau sendiri tak maju macamamna aku nak percayakan kau?? so jangan la gunakan ayat keramat yang dah bertahun2 tu, pada aku kita hidup zaman 2000 ni penuh dengan pancaroba penuh dengan persaingan, kalau berani bersainglah cara sihat janganlah guna ayat keramat yang dah lapuk tu, tapi orang kita masih suka menggunakannya dan masih ramai yang terpedaya apabila mendengar kata2 keramat itu.

pada aku simple, kalau kau nak tolong aku kasi aku FREE la,alang2 nak menolong kasi buat amal jariah terus, kasi FREE dan tak perlu kenakan bayaran,pahala dah tentu dapat, sapa nak bayar ikut kerelaan hati dan keikhlasan.. takpayah nak guna ayat " saya tolong melayu, saya tolong bangsa " its not relevan anymore untuk zaman teknologi maklumat ini. sebab tu aku selalu guna ayat, " aku akan tolong orang yang nak tolong diri sendiri, kau bayar aku dan aku bantu kau, kita sama sama tolong menolong"

aku tak sangkal bahawa ayat keramat itu sangat hebat dan sangat mujarab dalam perniagaan, but insyallah buat masa ni im not using that words, melainkan aku dah betul2 senang, betul2 maju dan dah tak tau nak buat apa dengan kertas gambar agong tu, sampai 18 keturunan tak habis , yer.. time tu maybe aku akan gunakan ayat keramat tu.. but absolutly its gonna be FREE to all yang yang memerlukan....

apapun aku minta maaf, sekiranya penulisan aku ini ada yang menyinggung perasaan mereka yang berjiwa tegar tentang bangsa, aku masih sayang bangsa aku tapi aku harus menolong anak bangsa aku dulu.. siapa anak bangsa aku? anak aku.. anak aku yang sama bangsa dengan aku.. so aku kena tolong anak2 aku dulu, aku taknak jadi kera di hutan di susukan anak di rumah mati kelaparan.. i wont do that to my family.. aku taknak jadi ayah yang dol.. aku rasa aku harus  share benda ni coz kita kena fikir terus kedepan, sapa yang suka bole guna pakai siapa yang tak suka aku tak paksa dan aku minta maaf sekiranya ia tidak menepati citarasa anda..

dalam kehidupan ini bantulah diri kamu dahulu sebelum kamu ingin membantu orang lain, tetapi jika kamu rasa kamu selesa untuk membantu orang lain dahulu berbanding diri sendiri, itu hak kamu... tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Achung!!!

2 comments:

  1. terbaik kb. hidup melayu! hahaha. nice artikel.

    ReplyDelete
  2. aku xnak jd ayah yang dol.... aku suka ayat tu... thumbs up..!

    ReplyDelete